Alhamdulillah..
Syukur, sekarang dah nak habis pun trimester kedua.. Nak masuk tri ke 3 tak lama lagi.
Perut pun dah membesar, jalan pun kengkang, sakit2 lagi kat bawah tu.
Trimester kedua ni ok2, masih loya dan muntah tapi sangat kurang berbanding tri pertama. Syukur... Tapi yang paling ketara, pregnant kali ni jadi pemalas yang tegar..
Nampak sampah, pinggan tak basuh, baju xbasuh, tak berapa rasa nak kemas.. Langsung beza dengan 2 pregnancy sebelumnya yang pantang nampak apa2 bersepah.. Ringan je tulang nak kemaskan..
Maybe penat juga kali ni sbb ada anak 2 heroes.. Yang aktif dan lasak dan manja.. Melekat dengan mommy sentiasa..
Baby kedua baru je 2 tahun, masih lagi kepit masa tido.. Adoi lla... Panjat badan mak kiri kanan, sampai dia tertido.. Sakit juga, pernah kena hempuk dengan baby kedua... Maaakk aihh... Terbeliak mata... Terus doa baby dalam kandungAn harap bersabar dan kuat dalam tu..
InsyaAllah ada lagi beberapa minggu lagi nak bersalin.. Baju semua insyaAllah dah nak settle.. Pakai baju abang2 je la.. Baby cot kecik dah booking tapi tak ambik lagi..
Stroller dan mainan abang2 ada lagi.. Jd investment besar kali ni adalah cat bilik dan beli katil single.. Abang2 tak boleh kacau mommy tido dengan baby. Harap semua ok..
Esok ada mgtt.. Harap boleh puasa
No comments:
Post a Comment