Saturday, 25 June 2016

😱 selepas 4 tahun

Hello..
Hahhaha selepas 4 tahun baru tahu cara buka blog ni semula.
Well, saya masih belum ada time nak korek blogger ni. Tak reti2. Adoii..

Ok, perjalanan dalam 4 tahun ni, cut short..
Dah beranak dua, sedang mengandung yang ketiga, insyaAllah tahun depan bersalin.
Dua orang hero jadi peneman hidup saya di kala kesunyian.

Ayah telah kembali ke ramhatullah pada tahun 2013. I have a lost the gem of my life. Sangat sedih kerana tak sempat berjumpa ayah di saat terakhir beliau. Suasana yang sangat menyedihkan. Banyak yang berlaku dan itu adalah ujian untuk saya. Apa pun saya berharap ayah bahagia di alam sana. Hanya doa dapat saya sampaikan kepada beliau. Ibu kini seorang. Hidup berpindah2 tempat tinggal. Tinggal di setiap rumah anaknya. Melepaskan rindu bersama cucu2. Beramal ibadah adalah hobinya siang dan malam. May Allah ease her days.

Oh yes importantly, akhirnya saya dah berpindah dari hidup sebumbung dengan mertua setelah mengharungi liku kehidupan bersama mertua dan ipar duai. Macam2 pengalaman dikaut, dipelajari, ditanggapi.. InsyaAllah semua bersama hikmahnya tersendiri.
Apapun kehidupan rasa lebih bermakna apabila melayarinya tanpa campur tangan orang lain. Rasa semuanya lebih mudah dan lebih mendidik diri untuk bersifat matang.
Bukan niat memisahkan anak dengan ibu.. Oh tidak.. Suami, Alhamdulillah hampir setiap hari menjenguk keluarganga. Manakala saya dan anak setiap minggu 2-3 kali akan bertemu keluarga suami.. Keluarga saya sendiri saya tak dapat jumpa sekerap setahun sekali, hahaha.. Aniaya betul! Hahahhaha.. Tapi takpe.. Mak pesan, jaga hati suami. Bila suami rasa terbuka hati nak jumpa mak, datanglaah.. Alahai mak.. Baik sangat mak ni.. Tapi bagi menjaga hati mak, saya turutkan, dan tak menunjukkan rasa sedih tak dapat jumpa family.. Semua simpan dalam hati atau dikongsi dengan akak je. Dia pendengar setia masalah family dan pendorong di kala hati tengah susah.

Apa lagi... Oh ye, tengah puasa sekarang ni. Dah hari ke 21. Cepat je masa berlalu. Saya, takde la beramal sangat. Kesihatan benar2 kurang mengizinkan. Solat pun duduk je. Pening mabuk kalau berdiri lama sikit, al maklum mak tengah preggy. Tambah plak demam, selsema dan sakit tekak. Anak2 pun sama. Tak menang tangan nak buat keje rumah. Jaga anak je dah letih. Terus baring sampai ke malam. Doa banyak2, harap mabuk loya muntah demam semua ni cepat2 berlalu.
Teringat masa mengandung anak kedua, 3 kali dah masuk wad. Sebab dehyrate yang melampau. Makan muntah makan muntah, macam jadi hobi.. Asyik itu je berulang dari pagi sampai ke malam. Lama plak tu.. Sampai trimester kedua. Lepas tu trimester ketiga saat sebelum nak bersalin.. Dugaan betul. Tapi alhamdulillah hidup lagi. Ingat itu la last day.. Sebab teramat tak tahan sakitnya. Nyawa2 ikan dah.

Ok. Itu je sinopsis kali ni. Lepas ni cerita panjang. Huraian dan isi akan susul selepas ini. 😜

No comments:

Post a Comment