Sunday, 3 July 2016

Malam ramadhan 29

CepAt je masa berlalu. Dah nak last 2 hari puasa.
Tahun ni puasa jongang habis dek trimester pertama yg sangat mencabar stamina..
Menyusu, menjaga 2 heroes, 1 sekolah, demam, selsema, hidung sumbat, sakit tekak, dehydrate semua datang sekaligus.. Dan mengandung..
Baru2 mengandung memang saya jenis dapat alahan yang teramat teruk. Makan apa saja akan termuntah, pening, mabuk dari pagi ke petang yang macam xde kesudahan..

Paling teruk masa mengandung bb kedua. Ya Allah, hari2 tanya mak, mak kenapa lama macamni .. Tak baik2, tak kurang2.. Letih dan takde energy mak.. Duduk plak dengAn mertua, segan nak baring segAn nak perap dalam bilik walaupun sakit kuat. Terpaksa makan apa yang mil masak. Mil suka masak kari. Saya plak memang xminat kari2. Allahu cabaran betul. Mungkin sebab makanan tak serasi saya muntah lebih dari sepatutnya. Sehari 10-15 kali pun pernah.
Sebelum mengandung berat 39kg. Lepas mengandung turun mendadak sampai 35kg je.. Dah 3 bulan mengandung tapi kurang berat badan ketara. Akhirnya masuk wad sebab condition dah teruk sangat. Doktor nasihat wajib wad kalau tidak dehydrate akan sebabkan kandungan terjejas.
Ok. Dah nak 5 bulan baru baik.
Saya terbaring je dalam bilik sepanjang 5 bulan tu. Sekali tu tinggal seminggu di rumah abang. Akak ipar tolong jaga. Alhamdulillah ok. Akak ipar isteri abang ni memang baik. Tak berkira. Adik ipar pun best.. memahami.. adik ipar ni isteri my brother.
Bila duduk sendiri ni seronok dpt sambut tetamu sendiri. Especially my family..At least family saya bebas berjumpa saya, unlike masa dulu. Banyak hikmahnya. Syukur yang teramat kerana suami asalnya enggan berpindah. Tapi atas doa dan pilihan lebih baik, kami keluar.

Sekarang ni dengan hero dan kandungan ni alhamdulillah alahan awal ni mcm ok.

Orang kata baby girl banyak alahan, tapi dalam hal saya, alahan untuk baby boy plak teruk. Hyperemisis gravidum namanya. Muntah yang teruk dan berterusan, tak boleh nak minum apa2, makanan ingin nak makan tapi keluar juga..

Kali ni makan control dan tetap waktu, muntah kadang2 tapi setiap hari. Dan muntah boleh la nak buat keje simple2. Syukur..
HasbunAllah wanikma wakil..

InsyaAllah kami berharap kali ni baby girl.. InsyaAllah walaupun dalam hati kata baby boy lagi nih.. Hmmm,, tapi Allah maha penentu. Harap Allah lengkapkan keluarga kami dengan baby girl, for daddynya.. Supaya dia berubah. Jadi seorang suami penyayang. InsyaAllah.